Tuesday, 30 September 2014

Stretch Marks BERJAYA DIKURANGKAN dengan Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan usaha kearah hidup yang lebih baik. Semoga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.

Okay, hari ni saya nak kongsi satu lagi berita yang sangat sangat sangat gembira. Stretch marks saya dah SEMAKIN KURANG! Yabedabedooooooooo!! Saya memang lah tak akan ambil tahu pun pasal stretch marks ni coz dah lama berserah. Hehehehe.... Ye lah kan, bila dengar citer pasal stretch marks dari kawan-kawan dan sedara-mara, memang mustahil lah stretch marks ni boleh hilang. Dah bermacam minyak dan lotion Vit E yang saya telah cuba, tapi hampeh sama sekali.

Bahagian stretch marks yang paling teruk adalah di perut dan peha. Mana tak nye, berat saya naik 25kg utk anak pertama (dari 50kg ke 75kg), dan 30kg utk anak kedua (dari 55kg ke 85kg). Saya banyak membaca dan mendapatkan nasihat dari yang berpengalaman bagaimana cara untuk menghindarkan dari berlakunya stretch marks ni. Sapu lotion every now and then supaya kulit tak kering & jangan sesekali menggaru perut. Semua nasihat dan petua dah saya ikut tapi masih tak menjadi. Kecewa sangat masa tu. Hadoilah... Dilemma sangat masa tu.

Sampai lah minggu lepas, husband saya tegur tentang stretch marks saya ni. Dia notice yang stretch marks saya dah kurang. Of course lah memula saya tak percaya apa yg husband saya cakap, tapi bila tengok kat cermin dekat-dekat, seriously memang dah kurang. Gembira sampai menangissss. Mana taknye, boleh jugak stretch marks ni hilang yang benornye. Happy happy happy!

Saya pun mula lah siasat apa supplement yg saya dah ambil. Ahaaaa!! Tak lain dan tak bukan, Shaklee Collagen Powder (SCP) lah jawapannya. Saya start amik SCP ni dari tahun lepas. Itu pun bukan ambil setiap hari pun, kalau ada mood nak minum SCP, baru saya bancuh. Ambil suka2 ikut mood pun stretch marks boleh kurang, apatah lagi kalau ambil SCP setiap hari, mesti kesannya lagi meletup!

Ok, tanpa berlengah masa, saya start buat research pasal collagen ni. Betul ke ianya dapat membantu mengurangkan dan sekaligus menghilangkan kesan stretch marks? Mesti lah nak tau kan kenapa & bagaimana stretch marks saya boleh kurang kan.... tertanya-tanya gituuu. Hehehhe

Kita tengok dulu apa maksud collagen:
"Collagen is a protein that binds skin cells together and keeps your skin supple. Your body produces less collagen as you age, resulting in the formation of wrinkles and stretch marks. Extreme stretching of the skin paired with a lack of collagen causes the dermis of your skin to tear." Maknanya kolagen ni adalah jenis protein pengikat, yang mengikat sel-sel kita supaya kulit kita sihat dan bermaya dan tidak berkedut.

contoh stretch marks yang ketara di peha


Kaitan Collagen dan stretch marks dan kedutan

Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen yang dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi. Pengambilan kolagen secara oral terbukti dapat mengurangkan masalah-masalah yang disebutkan tadi. Kolagen membuatkan kulit kita lebih anjal dan fleksibel. Analogi yang mudah adalah seperti getah yang kita pakai untuk ikat plastik tu (rubberband). Bila kita tarik dan lepaskan getah tu, dia akan kembali ke bentuk yang asal, tapi kalau kita ulang proses tarik dan lepas tu berulang-ulang kali, lama-lama getah tu jadi longgar dan hilang daya regangan. sama jugak macam kulit. Kolagen ni boleh diumpamakan seperti bahan yang mengekalkan daya elasticity (regangan) kulit kita. Satu lagi, ada banyak produk kat luar tu dalam bentuk krim atau lotion yang claim ada kolagen. In reality, saiz molekul kolagen yang besar menyukarkannya untuk diserap kalau kita sapu terus ke atas kulit. 

Collagen terbaik & terbukti berkesan


Shaklee Collagen Powder mengandungi vitamin C dan 6 bahan utama lain yg terbukti berkesan secara klinikal
Untuk mendapatkan hasil  yang terbaik dari pengambilan collagen supplement, pilih lah collagen yang diekstrak dari ikan laut sejuk seperti Red Snapper & Salmon. Ianya terbukti menyerap dengan lebih efektif kerana mempunyai berat molekul yang rendah.
Lagi rendah berat molekul, lagi senang badan kita serap dan sekaligus membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Contoh:
Berat molekul kolagen biasa - 300,000 Dalton (sukar diserap)
Berat molekul kolagen yg amat rendah (Shaklee Collagen Powder) - 1,000 Dalton (penyerapan unggul)

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengambilan kolagen perlu disertakan dengan vitamin C, yang membantu membina dan menguatkan serat-serat kolagen dalam badan kita.

Shaklee Collagen Powder mengandungi Camellia Japonica Seed extract, Pfaffia extract, Fish collagen, Shellfish extract, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin Bs, bergabung untuk meningkatkan keberkesanan collagen dan membantu mencantikkan kita dari dalam.

Masa yang terbaik untuk mengambil Kolagen

Ambil kolagen pada waktu malam sebelum tidur semasa perut kosong, kerana lebih mudah untuk diserap. Badan kita akan melalui proses pemulihan semasa kita tidur, jadi ini adalah masa terbaik untuk membekalkan kolagen pada badan kita.

InsyaAllah selepas mengambil collagen secara konsisten, anda akan perasan stretch marks anda semakin kurang dan lama-kelamaan hilang.

Semoga kita kekal sihat, anggun dan menawan. 

-Noor Nordin @ mommyanggun-

Wednesday, 10 September 2014

Nasi JJ Kak Wok - The best in town!

Salam & selamat pagi semua...

Rindunyaaaa dengan dunia blogging ni coz dah lebih 2 bulan saya tak update blog. Banyak sangat perkara dan topik2 menarik yang saya tak share dalam masa 2 bulan ni. InsyaAllah starting from today I will try my best untuk update blog saya ni daily kay! Semoga dipermudahkan... :-)

Eh uols, dah nak masuk lunch time ni, tetiba saya teringat pulak kat Nasi JJ Kak Wok. Kedai ni terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Sedap ya amattt sampai menjilat jari!

The Best Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya, Shah Alam

Haaaa ini lah rupanya Nasi JJ Kak Wok. Simple je nasi ni tapi sememangnya ada Uummpphhh! Ada nasi putih + gulai ayam tradisional Kelantan + ayam goreng garing + sambal belacan power. First time saya makan Nasi JJ Kak Wok ni, speechless coz sedap sangat. Siap order lagi sebungkus sebab satu bungkus tak cukup. Hahaha... Walaupun ni makanan orang Kelantan, saya yang berasal dari Perak pun dah suka giler dgn nasi ni.

Jangan lupa order air sirap bandung hijau skali (seperti dlm gambar). Rugi lah kalau tak order air sirap bandung ni coz kombinasi kedua-dua air dan Nasi JJ Kak Wok ni memang terbaekkkk! 

Untuk pengetahuan anda semua, pemilik sebenar Nasi JJ Kak Wok ni telah menjalankan perniagaannya semenjak 12 tahun yang lepas dan lokasi kedainya adalah di belakang Sekolah Zainab Kota Bharu. Kedai ni masih wujud sehingga hari ni. Famous jugak Nasi JJ Kak Wok kat Kota Bharu sebabnya belum sempat kedai dibuka, ramai yang telah beratur untuk mendapatkan nasi berlauk yang marvellous ni.

Pemilik kedai Nasi JJ Kak Wok di TTDI Jaya Shah Alam adalah anak perempuan beliau sendiri. Ramai yang cakap rasa masakan anak perempuan tokey Nasi JJ Kak Wok ni sama dengan masakan ibu beliau. Like mother like daugher gituuuu...

So uols, yang mana belum pernah mencuba Nasi JJ Kak Wok ni, please try kay. Memang takkan rugi kalau uols cuba nasi ni. Seriously memang takkan rugi! Harga untuk satu hidangan cuma RM4.50 sahaja. Kedai Nasi JJ Kak Wok ni dibuka dari pukul 8.30 pagi hinggan 6 petang. Boleh lah breakfast, lunch atau early dinner dengan nasi JJ Kak Wok ni. :-)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Ikhlas,
Noor Nordin @ MommyAnggun

Monday, 7 July 2014

Jom Berpuasa dengan lebih sihat dan Cergas

Bila tiba bulan puasa mesti ramai yang mengalami masalah kelesuan. Kebanyakannya berpunca dari pemakanan yang kita ambil semasa berbuka dan bersahur.

Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menjejaskan tenaga kita untuk jangka panjang bila berpuasa

Untuk mengatasi masalah ni, boleh cuba ambil ESP dan Mealshake semasa bersahur untuk memastikan tenaga berkekalan sepanjang hari untuk mengelak kelesuan. Selepas berbuka pula boleh ambil performance drink Shaklee untuk mengembalikan elektrolit-elektrolit yang hilang semasa berpuasa siang tadi. Ini kerana bila kita berpeluh, bukan sahaja kita hilang air dari badan, malah kita juga hilang elektrolit-elektrolit yang diperlukan oleh tubuh kita.

Semoga kita lebih bertenaga dan mampu melakukan lebih banyak ibadah sepanjang Ramadhan kali ini, Insyaallah.

Klik sini untuk mencuba set berpuasa

Wednesday, 19 February 2014

The Cyclist Dilemma...

Salaam and hello again,
This time my post is in English. Please forgive me, just trying to brush up my English writing skills. Been quite some time since I posted something in English. :P

Back in the late 80's and 90's, me, my brother and our neighborhood friends, would cycle for kilometres at a stretch without a glitch. We would look forward to every opportunity we had in the afternoon, to cycle across several neighbouring housing areas for the sake of exploring and fill our free time (This was way before some smart Alec coined the term urban explorer). Oh yes, time and energy seems likes an infinite commodity back then. How time flies...

Taman Keramat & neighboring areas. Back then, this is our big playground for sub-urban adventure on two wheels!
(photo taken from panoramio, credits to asanov)
Yes, the title sounds corny, but it's true. That is exactly what I felt a few years ago when I started cycling again since my high school years.

So what's the dilemma? When I started cycling back a few years ago, I found out that I could not cycle with an empty stomach, or else I would not have the energy to push forward and sometimes I'll be flat out during a riding session. So I started taking early breakfast before I ride.

I thought my problem was solved, but boy, was I wrong. Situation got worse because when my stomach was busy digesting the food, here I am, directing the energy elsewhere, to the legs and arms to be exact. So what's wrong with that? nothing actually, just that 45 minutes later, I threw up in the middle of the climb section of the trail(pun intended :P).

Another issue I have is to maintain my energy level during each riding session. So my solution? pick up a bottle of 100 plus from the petrol station mart before riding. But wait...isn't carbonated drink bad for you? So, being health conscious( yeah right) I turned to Gatorade but the drawback is that, the content is mostly sugar. You can say the same thing about 100 plus. Just check the label and you'll see what I mean. I also found out that with commercial Isotonic drinks, my muscle still aches after each ride, especially if i push it too much. Not to mentioned the extreme fatigue that comes after a rigorous workout.


Detox, repair, energize. A complete workout partner
Not until recently(about 1 year ago), I started a slightly different regime. Early In the morning, I would take 7 - 10 tablets of alfalfa with warm water (Now, I take alfalfa at night before bed, even better:) ). Roughly 15 minutes after that, I would take a glass of Energising Soy Protein (Shaklee's ESP) with vita C plus. About 30 - 60 minutes after that, I will ride my bike happily, traversing the trails without worries and fear of throwing up and what not.
shaklee performance drink
Natural performance enhancer

What alfalfa did was to help with my bowel movement and detox them to a point that i have no problem emptying my bowels every morning.Next, we know that protein is the basic building block of any organism(google it!). ESP allows me to jump start my muscles without my stomach need to do too much work to convert solid food into fuel burning energy for the muscles. Top this up with vitamin C, it will help in supplying energy to the muscles and helps in repairing damaged cells and replenishes them( no i'm not a doctor, but google is my friend :) ).

But wait...do i still rely on gatorade or now we have the 'gasless' 100 plus during the trail riding? of course not. I found a better alternative in the form of Performance drink, also by Shaklee. I find that it gives a better overall experience for me during and after each riding session. I can now maintain a constant energy level during each ride, and my muscle would not ache too much after each riding session. Maybe due to the fact that it contains a full spectrum of electrolytes as it claims. Ions from vital minerals(electrolytes) helps your body to recover better. Why? because we lose a lot of ions and minerals when we sweat heavily during a workout or rigorous outdoor activity.
Alam Budiman trail. Gotta love it!

Alhamdulillah, Now I am one happy cyclist. Don't take my word for it. Try it out and see if it works for you too.


Click here to order

Live healthy, Live well, Live happy!
-azmin-

Monday, 17 February 2014

Perjalanan menuju Kebebasan Kewangan



Bagi kebanyakan orang yang berkerja makan gaji mengimpikan kebebasan kewangan. Tapi bagaimana nak capai kebebasan tu?

Cuba kita berhenti seketika dari kesibukan berkerja dan lihat balik rutin harian kita. Rasanya majoriti daripada yang berkerja mulakan hari selepas subuh menuju ke tempat kerja. Kalau duduk Shah Alam kerja di KL akan ambik masa lebih kurang 1 jam atau 1 jam setengah untuk sampai ke ofis. Sampai ofis dengan stress pasal kesesakan trafik tak habis lagi, dah kena grill dengan boss pasal target dan achievement. Rehat sekejap tengah hari, makan, solat, lepas tu sambung balik kerja yang tak kunjung habis. Pukul 5.30 – 6.00 pm mula bertarung balik dengan kesesakan trafik untuk balik rumah. Sampai rumah lebih kurang 7.30pm. solat, masak,makan, lepas tu flat....nak layan anak-anak pun tenaga dah habis.

Esok mula balik rutin yang sama..........nanti dulu. Cuba tanya diri kita sampai bila kita sanggup melalui rutin sebegini? Dan kalau jadi apa-apa pada kita, bos & syarikat nak tolong jaga kita ke? Tentu jawapannya tidak sama sekali?

Kalau tak sanggup, kena cari jalan keluar, kena fikir macam mana nak mencari kebahagiaan jauh dari kesesakan dan kesibukan yang kurang menmanfaatkan kepada diri kita.
Ramai yang menyebut tentang berniaga / bisnes untuk menambah pendapatan. Tapi jika kita terus menerus berkerja di pejabat sebelah siang dan berbisnes sebelah malam, nikmat masa kita hilang begitu sahaja. Bagaimana dengan keluarga kita? Lagi satu berniaga selalunya perlu modal permulaan yang banyak. Mana nak cari. Lagi pun kita tak ada pengalaman. Siapa nak tolong kita?

Jadi nak buat bisnes apa yang tak kacau masa kita sangat? Tak perlu modal banyak? Ada sokongan untuk bantu kita berjaya?

Saya jumpa jawapannya dengan Shaklee.

Berbisnes dengan Shaklee tak perlu modal besar, RM65 je sebagai permulaan. Nak buat pun tak susah mana, share di online pun boleh, dalam sehari berapa kali kita update status di FB? Kalau kita boleh tukarkan aktiviti status update tu dengan product sharing & business opportunity sharing, maknanya kita boleh buat bisnes Shaklee tanpa ganggu masa kita sangat. Satu perkara penting adalah memilih group yang betul untuk bisnes kita berkembang. Kena pilih upline atau leader yang akan bantu kita untuk sama-sama berjaya. Dari situlah akan datang sokongan dalam bentuk nasihat, panduan dan pendapat untuk kita pastikan bisnes kita bergerak kearah yang betul.

Alhamdulillah, walaupun tidak begitu lama berkecimpung dalam perniagaan ini, kami telah berjaya membantu mereka yang ingin mengubah keadaan kewangan diri dan keluarga masing-masing untuk sama-sama menuju kearah kebebasan kewangan. Dengan teknik dan cara yang betul, Insyaallah mereka semua pasti berjaya. 

Perjalanan kami baru bermula dan masih terbuka kepada sesiapa yang ingin bersama-sama mengubah keadaan ekonomi dan kewangan masing-masing.Jika anda mempunyai matlamat yang sama, mari sertai kami dan kita realisasikan impian itu.

Let’s Grow & Glow together!


-Azmin&Noor-

Wednesday, 12 February 2014

MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP MASAKINI


Salaam, rasanya lama jugak tak update blog ni. Hari ni ada free time sikit so bolehlah share sikit lagi info kat dalam ni.

Kalau tengok tajuk kat atas, mesti nampak macam 'cliche', alah.. semua orang dah cakap pasal ni. Betul, Tapi berapa ramai yang betul betul kongsi caranya?

Kalau tanya saya ada dua cara utama macam mana nak hadapi beban peningkatan kos sara hidup ni. Sama ada :

a)    Turunkan perbelanjaan

b)    Tambahkan pendapatan

Kalau kita pilih a), kita kena bersiap sedia untuk korbankan gaya hidup kita sekarang secara agak drastik kerana  jika kita tengok kadar peningkatan barang-barang keperluan utama, mungkin agak sukar, pasal kalau gaya hidup kita memang dah tahap basic data dari link ni mungkin menakutkan. (http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-subsidy-cuts-inflation-rate-spikes-and-likely-to-accelerate-next-year)

Punca utama adalah kenaikan minyak, bila minyak naik, semua barang keperluan lain pun naik sama. Katakan rumah kita lebih kurang 35km dari tempat kerja (dalam kes saya laa). Kalau kita jumlahkan kos minyak & tol ( Dalam kes saya, minyak dalam RM25 & Tol RM 6.60) dan kira kos pengangkutan je untuk sebulan dah berapa? Tak campur ansuran bulanan kereta dengan kos selengara lagi.
Harga makanan pun dah banyak naik sebab harga gula pun naik lebih kurang 2 kali dalam masa 2 atau 3 tahun kebelakangan ni.
Jadi kalau kita nak ikut kadar inflasi yang Bank Negara keluarkan mungkin tak berapa kena sikit untuk rakyat biasa macam kita ni.

Jadi nak tak nak, kena tengok pilihan kedua(b) –Tambah pendapatan.
Bunyi macam mudah tapi macam mana caranya?
Ada macam-macam benda kita boleh buat kalau nak tambah pendapatan.


Overtime          
Kalau kerja kita boleh claim overtime, mungkin boleh buat kerja lebih masa untuk topup gaji bulanan kita. Tapi banyak mana overtime yg boleh kita buat? dan kalau saja saja buat overtime, salah tu, takut tak berkat nanti rezki yang kita dapat.

Kerja Sambilan / Part time
Mungkin boleh jadi tutor matematik/English/dll. masa hujung minggu, atau kalau yg. Pandai cakap macam deejay radio mungkin boleh jadi emcee majlis kawin :P

Berniaga
Kalau pandai buat kuih & kek  boleh ambik tempahan. Kalau pandai menjahit boleh bukak butik.

Kalau kita pilih overtime atau Kerja Sambilan, kekangan utama adalah masa. Kedua-dua pilihan tu memerlukan kita memodalkan masa yg. Banyak diluar waktu kerja kita. Kalau dah berkeluarga, sukar untuk korbankan masa bersama keluarga pasal dari pagi sampai petang dah penat bekerja. Jumlah wang tambahan yg akan kita dapat pulak selalunya berkadar terus dengan masa yang kita luangkan untuk kerja lebih masa atau kerja part time tu.

Pilihan yang agak menarik sebenarnya adalah Berniaga. Pasal apa? biasanya  kita boleh leverage usaha & masa kita dalam menjana pendapatan melalui bisnes. Tapi pilihan bisnes jugak penting. Biasanya keadaan kewangan kebanyakan dari kita memang cukup-cukup tiap-tiap bulan. Bukan semua dari kita mampu untuk keluarkan 10 atau 20 ribu untuk buat modal berniaga. Habis tu berniaga apa yang tak pakai modal banyak? Sebelum tu, bila kita nak berniaga, kena tengok konsep 5Ps of marketing dulu. Apa tu?

  •  Product    -  produk/servis yang kita nak jual tu kenalah bagus dan ada demand dari                                pengguna.
  • Price         -  Harga kena masuk akal, bukannya cekik darah.
  • People      -  Siapa yang akan pakai produk kita ni? Remaja ke?, golongan bekerja                                  ke? Ahli sukan ke?
  • Promotion - promosi biasanya akan menarik pelanggan baru untuk mencuba produk                              kita
  • Place        - Kat mana nak jual? Sekarang kita boleh pilih samada nak jual produk                                  kat kedai ataupun online je

Kalau kita amati 5P kat atas, tak banyak bisnes yg. menepati ciri-ciri penting ni.
Dalam banyak banyak bisnes, saya tengok ada satu bisnes yang menepati ciri-ciri di atas dan bagi saya amat fleksibel dan tak menyusahkan saya untuk melakukannya. Bisnes yang saya maksudkan adalah menjadi Shaklee independent distributor. Sebelum saya join, saya analisa bisnes ni dengan konsep 5 P kat atas tu. Saya dapati:
  • Produk Shaklee sangat berkesan dan sekarang ni mempunyai permintaan tinggi dari orang ramai
  • Harga produk Shaklee masuk akal, bukan harga yang melampau, jadi ramai orang mampu dan tiada masalah untuk mengguna produk ni secara berterusan
  • Range produk Shaklee banyak, dan sesuai untk setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Maknanya market untuk produk-produk Shaklee sangat luas
  • Tiap-tiap bulan ada promosi tentang produk
  • Sekarang tak payah keluar rumah boleh berbisnes dengan Shaklee. Online je. Kalau nak buat offline pun, lagi bagus
Modal permulaan yang diperlukan hanyalah RM65 utk mendaftar sebagai ahli. Memang Insyaallah semua mampu. Tapi, antara benda yang paling penting, kita perlu support group yang berkesan dan mampu membantu kita dalam mengharungi cabaran cabaran bisnes. Salah pilih group, takut tak ada support dan komitmen. Kalau rasa peluang bisnes dengan Shaklee ni menarik, boleh hubungi no tertera kat sebelah kanan. Saya sudi membantu anda untuk berjaya bersama-sama dalam menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi ummah. 

Semoga ekonomi kita semakin kukuh, Insyaallah.

-Azmin & Noor-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...