Thursday 27 December 2012

Faber Upright Freezer

Ini adalah impian saya untuk memiliki Faber Upright Freezer pada tahun hadapan. Hari-hari dok berangan pasal freezer ni. Berangan bila dah beli freezer ni, nak pam dan simpan stock susu badan untuk anak yang kedua nanti. Berangan tu kena ada, so that kita akan usaha untuk mengecapi kejayaan tu. Hari tu dah tanye pada hubby pasal freezer ni, dia okay aje asalkan saya bahagia dan dapat memberikan khasiat yang terbaik untuk anak kedua ini through breastfeeding. :)

Bila tengok gambar orang lain post tentang EBM mereka, semestinya saya akan cemburu. Kenapa orang lain boleh buat tapi saya tak mampu nak buat masa first baby 3 tahun dahulu. Hopefully dengan pertambahan ilmu tentang breastfeeding, mengambil suplemen yang mencukupi, berdoa, berusaha dan bertawakkal dapat membantu saya menyusukan anak kedua saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Mudah-mudahan perjalanan penyusuan saya kali ini berjalan dengan lancar. Aminnnn....


P/S: Thanks to Ayong (Nahzatul Shima Rasedi) coz bagi present Avent Breast Milk Storage yang dibeli di Singapore. Lagi lah teman berkobar-kobar nak mengepam susu nanti. :)

Monday 17 December 2012

Bersiap sedia utk melahirkan anak kedua

Salam semua. Dah nak dekat 2 minggu saya tak mengupdate blog ini. Busy dengan si kenit nanim. Lately ni dia nak saya ada dekat dengan dia aje. Satu hari aktiviti penuh dengan dia. Masa dia tidur je saya boleh buat kerja-kerja yang lain. Saya turutkan aje since lagi 2 bulan dah nak bersalin. Spending time with her is the best moment yang tak boleh diganti.

Esok ada check up dengan doctor. Hopefully baby dah pusing. Previous check up baby punya position melintang. Doctor siap cakap baby ni macam kakak dia je dulu. Hehehhehe... Berat baby langsung tak ada masalah. 1.7 kg pada usia 7.5 months. Berdoa dan terus berdoa supaya baby pusing dan saya boleh bersalin secara normal.

Ramai ibu2 yang mengandung di luar sana mesti merasa teruja nak membuat persiapan membeli baju dan barang2 baby. Begitu juga dengan saya. Baju dan semua barang2 baby saya dah beli. Excited bebenor. Hehhehehe... Bukannya apa., takut bila dah masuk 8 bulan nanti, tak larat nak gi shopping. Yang paling penting, list down dulu apa yang hendak dibeli. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran.

Tidak ketinggalan, makanan tambahan (supplemen) adalah sangat penting untuk ibu2 lepas bersalin. Ianya dapat membantu para ibu kekal sihat dan bertenaga supaya dapat menjaga bayi dengan lebih sempurna semasa berpantang dan menyusu. Untuk anak pertama, saya langsung tidak peduli tentang supplemen walaupun saya kehabisan banyak darah semasa bersalin. Patut lah pengeluaran susu badan saya pada masa itu tak banyak. Pelbagai makanan saya dah cuba, tapi susu still sikit. Allah saja yang tahu betapa stress nya saya pada masa itu. 6 bulan saja saya dapat bertahan menyusukan anak saya yang pertama, Tasnim Kamilia. Saya dah berjanji pada diri saya yang perkara ini tidak akan berulang untuk anak yang kedua.

Ramai pelanggan saya telah mencuba supplemen semasa berpantang dan untuk ibu menyusu, dan ternyata ianya memberikan result yang sangat bagus. Saya sendiri akan mengambil vitamin2 ini lepas bersalin pada bulan 2 nanti. Kepada para ibu yang sedang mencari supplemen/vitamin, saya amat mengesyorkan supplement/vitamin dari Shaklee. Ianya SELAMAT, MESRA ALAM dan SENTIASA BERKESAN.

Saturday 1 December 2012

1 Dec 2012 - Happy 3rd Birthday Tasnim Kamilia!

Hari ini, umur Nanim genap 3 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Nanim sendiri excited sampai nak tidur malam pun tak lena sebab asyik teringatkan nak potong kek the next day.

Mummy : Sayang mummy, jom lah kita tidur. Dah pukul 11 ni.
Nanim : Lepas tu kan mummy, siapa lagi yang akan datang esok?
Mummy : Atok, Wan, Tida, Ayah Ngah, Mama Puteri, Aliyah, Adam, Achu, Mama Farah, Dhiya, Opah, Wan Chu, Mama, Kakak Aini, Kakak Chikin, Kakak Ana, Kakak Dura.
Nanim : Nya Nyah takde ke?
Mummy : Nya Nyah takde... balik Johor.
Nanim : Mummy, Nanim nak kek princess boleh?
Mummy : Ok sayang, mesti lah boleh.

Lepas dah jawab semua soalan Nanim, baru lah dia boleh pejam kan mata dan tido.

Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. Nanim sangat-sangat lah excited coz semua orang datang to her birthday party. A big thank you to Kak Linda (Tida) for the lovely princess cake and cupcakes... and the goody bag. Sedap sungguh kek-kek yang Tida tempah from her friend.

The three of us (Azmin, Noor and Tasnim) would like to say thank you very very very much kepada semua yang hadir dan menjayakan Birthday Party nanim hari ini. :)


 


Tuesday 27 November 2012

Supplements untuk ibu-ibu mengandung - terbaik dari Shaklee

Hi! Mesti ramai ibu2 yang mengandung tercari-cari supplement / vitamin yang harus mereka ambil bagi memastikan ibu dan anak dalam kandungan mendapat zat-zat yang secukupnya.

Bagi diri saya, pengambilan vitamin2 ini adalah sangat penting untuk kebaikan saya dan baby yang saya kandung sekarang ini. Dengan mengambil vitamin2 ini, sistem immune saya menjadi semakin kuat. Saya jarang demam, batuk, selsema dan yang paling penting saya tidak lagi diserang penyakit asma. Saya tak cepat penat... boleh membuat kerja rumah dan masak utk keluarga. Berbanding dengan my first pregnancy, saya hanya mengambil vitamin yg diberi oleh doktor sahaja. Tiap-tiap bulan mesti demam. Apatah lagi dengan selsema & batuk kan.... tambahan pula dengan penyakit asma saya yang teruk. Seriously saya cakap.... penat tak terkata.

Saya memang berharap supaya ibu2 yang mengandung mengambil langkah yang bijak dengan mengambil supplement2 yang dicadangkan di dalam poster di bawah ini. Ini adalah untuk kebaikan anda dan juga bayi yang anda kandung. Saya pasti anda tidak akan menyesal. Trust me!


** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Saturday 24 November 2012

Lutut & Sendi semakin pulih dgn Shaklee Joint Health Set

Hello everyone... tak sabar betul saya nak kongsi dengan anda semua tentang kebaikan dan keberkesanan Shaklee Joint Health Set.

Pada pertengahan bulan Nov, ibu saudara saya dari Ipoh telah mengadu pada saya yang dia mengalami sakit lutut, sendi dan urat & kurang bertenaga untuk membuat kerja2 harian di rumah. Saya telah mencadangkan Shaklee Joint Health Set + Alfalfa Complex kepadanya. Alhamdulillah lepas 2 minggu ibu saudara saya mengambil supplement2 ini, sakit lutut, sendi & urat nya semakin pulih. Yang lagi menariknya, badan ibu saudara saya menjadi semakin ringan dan lebih bertenaga.

 
Shaklee Joint Health Set mengandungi Advanced Joint Health Tablet, OmegaGuard (Fish Oil) dan Ostematrix (Calcium & Magnesium). Kebaikannya:-
- memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi;
- membantu mengekalkan tulang yang kuat;
- membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

Alfalfa Complex pula menyingkirkan toksin dari dalam perut (detox) sekaligus membolehkan penyerapan nutrien yang penting untuk sendi menjadi lebih berkesan. Badan juga akan menjadi semakin ringan apabila toksin di dalam badan telah berkurangan.


** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |

Thursday 22 November 2012

SHAKLEE. Kenapa Saya Memilihnya?

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa saya memilih Shaklee dan bukan product-product yang lain? Shaklee adalah product yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Ianya telah berada dia pasaran selama lebih 50 tahun.

Apa yang lebih penting, saya sekeluarga telah mengambil product Shaklee ini dan ianya telah memberi kesan yang sangat baik kepada keluarga saya. Satu keluarga dah kurang sakit - demam, selsema, batuk dah berkurangan. Alhamdulillah....

Bulan ini, saya telah membuat keputusan untuk menjadi pengedar Shaklee. Tujuan utama adalah untuk menolong orang lain mencari suplemen yang sesuai dengan diri mereka dan sekaligus dapat mengurangkan penyakit yang mereka alami selama ini. Dengan menjadi pengedar Shaklee juga, saya boleh membuat extra income juga. Seronok kan? 2 in 1 gitu... :)

Friday 9 November 2012

Air Zam Zam

Air Zam Zam - semua orang tahu yang air zam zam adalah air yang terbaik di muka bumi ini. Saya nak share story tentang kebaikan air zam zam khususnya pada ibu yang sedang mengandung. :)

Tahun 2008 - Masa tu saya dan suami baru berpindah ke rumah baru (apartment). Kami ternampak jiran kami membawa banyak botol air zam-zam dlm trolley. Tanpa segan silu, suami saya pun tanya lah kenapa banyak sangat bawa air zam zam? Jiran kami cakap yang isteri dia sedang mengandung anak ke-empat yang minum air zam zam ni. Isteri dia memang mengamalkan minum air zam zam ni semasa mengandungkan anak pertama lagi. InsyaAllah anak tidak akan degil, tantrum dan mendengar & mengikut cakap ibu bapa.

Tahun 2009 - Setelah 6 tahun berkahwin, akhirnya saya disahkan mengandung. Syukur Alhamdulillah. Tentulah ini satu berita yang gembira buat kami berdua. Teringat nasihat yg diberikan oleh jiran kami, saya mengamalkan minum air zam zam daripada 2 bulan mengandung sehingga bersalin. Alhamdulillah, anak perempuan kami, Tasnim Kamilia yg berumur 3 tahun sekarang ni adalah seorang budak yang baik, tidak degil dan mendengar cakap kami berdua. Tidak membawa sebarang masalah kepada kami langsung daripada umur nya sehari hingga ke hari ini.

Sekarang saya mengandung 6-1/2 bulan dan masih mengamalkan minum air zam zam. Tasnim Kamilia juga suka minum air zam zam. Besides that, kismis, buah kurma & buah badam adalah makanan wajib yg saya akan makan setiap hari. Not to forget supplements juga penting untuk baby punya growth.

Semalam pergi check up baby, alhamdulillah baby sihat dan berat baby sekarang ialah 1kg. :)

P/S: Jangan lupa membaca Al-Quran sepanjang kita mengandung. Bagus untuk ibu dan baby.

Monday 5 November 2012

Salam Pengenalan...

Salam semua....
Nama saya ialah Siti Noor Rosnita bt. Mohamed Nordin. Saya adalah seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun bernama Tasnim Kamilia. Currently, I'm a full time housewife and 6 months pregnant. Saya amat mementingkan kesihatan & kecantikan luaran dan dalaman supaya dapat memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada suami dan anak.

"Kehidupan, Kesihatan & Kecantikan" - itulah slogan yang saya pilih dan akan berkongsi cerita tentang benda-benda yang berkaitan dengan slogan yang dipilih.

Happy Reading!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...