Wednesday 3 July 2013

SENGGUGUT saya hilang dengan mengambil GLA Complex, Alfalfa & Ostematrix.

Masalah saya adalah masalah yang sering dihidapi oleh wanita - SENGGUGUT yang teramat teruk.

Masa kat sekolah dulu, jgn citer lah, setiap bulan mesti saya kena baring dekat sick bay. Muka pucat, badan menjadi lesu dan lemah, dan tangan menjadi sejuk akibat terlalu banyak darah yang keluar. Masa di sick bay, saya akan kerekotkan badan saya utk menahan kesakitan.

Kawan baik saya di sekolah, Farrah Diba akan call arwah pakcik saya dan beritahu keadaan saya. Apabila arwah pakcik saya sudah sampai di sekolah, Farrah akan memapah saya sehingga ke dalam kereta.

Even lepas kahwin pun, senggugut saya tak hilang2. Saya pernah mengambil Evening Primrose Oil tetapi senggugut saya masih sama.

Selepas 5 tahun saya berkahwin, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar, Dr. Ashar di Ampang Puteri. Doktor mengatakan yang saya mempunyai endometriosis kesan daripada senggugut yang saya alami semenjak dari zaman remaja lagi.

Doktor Ashar mencadangkan agar darah2 yg berkumpul di dinding rahim disingkirkan untuk mengelakkan daripada menjadi lebih serius.

Syukur Alhamdulillah, setahun selepas saya menjalani pembedahan minor ini, saya mengandung. Selepas melahirkan anak, Senggugut saya datang kembali. Saya dah malas nak pergi hospital. Saya redha...

Sampai lah pada satu masa ni, biras saya memperkenalkan GLA Complex, Alfalfa dan Ostematrix untuk senggugut saya ini.
Alhamdulillah selepas saya mengambil ketiga-tiga supplement ini secara konsisten selama 2 bulan dan dengan izin Allah juga, SENGGUGUT saya hilang.

Sekarang ni, anak saudara saya mengalami masalah yang sama. Sebagai ibu saudara yang prihatin dan tahu macam mana kesakitan yang dialami akibat senggugut, saya telah menyuruh beliau makan supplement ini dan ternyata berkesan. Bukannya lama pun, cuma sebulan saja telah nampak kesannya. Mungkin kerana umurmya yang masih muda, kesannya lagi cepat.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masalah SENGGUGUT, ambil lah ketiga-tiga supplement ini dan anda akan tahu perbezaannya dan juga keberkesanannya.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...