Tuesday 30 September 2014

Stretch Marks BERJAYA DIKURANGKAN dengan Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan usaha kearah hidup yang lebih baik. Semoga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.

Okay, hari ni saya nak kongsi satu lagi berita yang sangat sangat sangat gembira. Stretch marks saya dah SEMAKIN KURANG! Yabedabedooooooooo!! Saya memang lah tak akan ambil tahu pun pasal stretch marks ni coz dah lama berserah. Hehehehe.... Ye lah kan, bila dengar citer pasal stretch marks dari kawan-kawan dan sedara-mara, memang mustahil lah stretch marks ni boleh hilang. Dah bermacam minyak dan lotion Vit E yang saya telah cuba, tapi hampeh sama sekali.

Bahagian stretch marks yang paling teruk adalah di perut dan peha. Mana tak nye, berat saya naik 25kg utk anak pertama (dari 50kg ke 75kg), dan 30kg utk anak kedua (dari 55kg ke 85kg). Saya banyak membaca dan mendapatkan nasihat dari yang berpengalaman bagaimana cara untuk menghindarkan dari berlakunya stretch marks ni. Sapu lotion every now and then supaya kulit tak kering & jangan sesekali menggaru perut. Semua nasihat dan petua dah saya ikut tapi masih tak menjadi. Kecewa sangat masa tu. Hadoilah... Dilemma sangat masa tu.

Sampai lah minggu lepas, husband saya tegur tentang stretch marks saya ni. Dia notice yang stretch marks saya dah kurang. Of course lah memula saya tak percaya apa yg husband saya cakap, tapi bila tengok kat cermin dekat-dekat, seriously memang dah kurang. Gembira sampai menangissss. Mana taknye, boleh jugak stretch marks ni hilang yang benornye. Happy happy happy!

Saya pun mula lah siasat apa supplement yg saya dah ambil. Ahaaaa!! Tak lain dan tak bukan, Shaklee Collagen Powder (SCP) lah jawapannya. Saya start amik SCP ni dari tahun lepas. Itu pun bukan ambil setiap hari pun, kalau ada mood nak minum SCP, baru saya bancuh. Ambil suka2 ikut mood pun stretch marks boleh kurang, apatah lagi kalau ambil SCP setiap hari, mesti kesannya lagi meletup!

Ok, tanpa berlengah masa, saya start buat research pasal collagen ni. Betul ke ianya dapat membantu mengurangkan dan sekaligus menghilangkan kesan stretch marks? Mesti lah nak tau kan kenapa & bagaimana stretch marks saya boleh kurang kan.... tertanya-tanya gituuu. Hehehhe

Kita tengok dulu apa maksud collagen:
"Collagen is a protein that binds skin cells together and keeps your skin supple. Your body produces less collagen as you age, resulting in the formation of wrinkles and stretch marks. Extreme stretching of the skin paired with a lack of collagen causes the dermis of your skin to tear." Maknanya kolagen ni adalah jenis protein pengikat, yang mengikat sel-sel kita supaya kulit kita sihat dan bermaya dan tidak berkedut.

contoh stretch marks yang ketara di peha


Kaitan Collagen dan stretch marks dan kedutan

Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen yang dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi. Pengambilan kolagen secara oral terbukti dapat mengurangkan masalah-masalah yang disebutkan tadi. Kolagen membuatkan kulit kita lebih anjal dan fleksibel. Analogi yang mudah adalah seperti getah yang kita pakai untuk ikat plastik tu (rubberband). Bila kita tarik dan lepaskan getah tu, dia akan kembali ke bentuk yang asal, tapi kalau kita ulang proses tarik dan lepas tu berulang-ulang kali, lama-lama getah tu jadi longgar dan hilang daya regangan. sama jugak macam kulit. Kolagen ni boleh diumpamakan seperti bahan yang mengekalkan daya elasticity (regangan) kulit kita. Satu lagi, ada banyak produk kat luar tu dalam bentuk krim atau lotion yang claim ada kolagen. In reality, saiz molekul kolagen yang besar menyukarkannya untuk diserap kalau kita sapu terus ke atas kulit. 

Collagen terbaik & terbukti berkesan


Shaklee Collagen Powder mengandungi vitamin C dan 6 bahan utama lain yg terbukti berkesan secara klinikal
Untuk mendapatkan hasil  yang terbaik dari pengambilan collagen supplement, pilih lah collagen yang diekstrak dari ikan laut sejuk seperti Red Snapper & Salmon. Ianya terbukti menyerap dengan lebih efektif kerana mempunyai berat molekul yang rendah.
Lagi rendah berat molekul, lagi senang badan kita serap dan sekaligus membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Contoh:
Berat molekul kolagen biasa - 300,000 Dalton (sukar diserap)
Berat molekul kolagen yg amat rendah (Shaklee Collagen Powder) - 1,000 Dalton (penyerapan unggul)

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengambilan kolagen perlu disertakan dengan vitamin C, yang membantu membina dan menguatkan serat-serat kolagen dalam badan kita.

Shaklee Collagen Powder mengandungi Camellia Japonica Seed extract, Pfaffia extract, Fish collagen, Shellfish extract, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin Bs, bergabung untuk meningkatkan keberkesanan collagen dan membantu mencantikkan kita dari dalam.

Masa yang terbaik untuk mengambil Kolagen

Ambil kolagen pada waktu malam sebelum tidur semasa perut kosong, kerana lebih mudah untuk diserap. Badan kita akan melalui proses pemulihan semasa kita tidur, jadi ini adalah masa terbaik untuk membekalkan kolagen pada badan kita.

InsyaAllah selepas mengambil collagen secara konsisten, anda akan perasan stretch marks anda semakin kurang dan lama-kelamaan hilang.

Semoga kita kekal sihat, anggun dan menawan. 

-Noor Nordin @ mommyanggun-

Wednesday 10 September 2014

Nasi JJ Kak Wok - The best in town!

Salam & selamat pagi semua...

Rindunyaaaa dengan dunia blogging ni coz dah lebih 2 bulan saya tak update blog. Banyak sangat perkara dan topik2 menarik yang saya tak share dalam masa 2 bulan ni. InsyaAllah starting from today I will try my best untuk update blog saya ni daily kay! Semoga dipermudahkan... :-)

Eh uols, dah nak masuk lunch time ni, tetiba saya teringat pulak kat Nasi JJ Kak Wok. Kedai ni terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Sedap ya amattt sampai menjilat jari!

The Best Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya, Shah Alam

Haaaa ini lah rupanya Nasi JJ Kak Wok. Simple je nasi ni tapi sememangnya ada Uummpphhh! Ada nasi putih + gulai ayam tradisional Kelantan + ayam goreng garing + sambal belacan power. First time saya makan Nasi JJ Kak Wok ni, speechless coz sedap sangat. Siap order lagi sebungkus sebab satu bungkus tak cukup. Hahaha... Walaupun ni makanan orang Kelantan, saya yang berasal dari Perak pun dah suka giler dgn nasi ni.

Jangan lupa order air sirap bandung hijau skali (seperti dlm gambar). Rugi lah kalau tak order air sirap bandung ni coz kombinasi kedua-dua air dan Nasi JJ Kak Wok ni memang terbaekkkk! 

Untuk pengetahuan anda semua, pemilik sebenar Nasi JJ Kak Wok ni telah menjalankan perniagaannya semenjak 12 tahun yang lepas dan lokasi kedainya adalah di belakang Sekolah Zainab Kota Bharu. Kedai ni masih wujud sehingga hari ni. Famous jugak Nasi JJ Kak Wok kat Kota Bharu sebabnya belum sempat kedai dibuka, ramai yang telah beratur untuk mendapatkan nasi berlauk yang marvellous ni.

Pemilik kedai Nasi JJ Kak Wok di TTDI Jaya Shah Alam adalah anak perempuan beliau sendiri. Ramai yang cakap rasa masakan anak perempuan tokey Nasi JJ Kak Wok ni sama dengan masakan ibu beliau. Like mother like daugher gituuuu...

So uols, yang mana belum pernah mencuba Nasi JJ Kak Wok ni, please try kay. Memang takkan rugi kalau uols cuba nasi ni. Seriously memang takkan rugi! Harga untuk satu hidangan cuma RM4.50 sahaja. Kedai Nasi JJ Kak Wok ni dibuka dari pukul 8.30 pagi hinggan 6 petang. Boleh lah breakfast, lunch atau early dinner dengan nasi JJ Kak Wok ni. :-)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Ikhlas,
Noor Nordin @ MommyAnggun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...