Thursday 27 December 2012

Faber Upright Freezer

Ini adalah impian saya untuk memiliki Faber Upright Freezer pada tahun hadapan. Hari-hari dok berangan pasal freezer ni. Berangan bila dah beli freezer ni, nak pam dan simpan stock susu badan untuk anak yang kedua nanti. Berangan tu kena ada, so that kita akan usaha untuk mengecapi kejayaan tu. Hari tu dah tanye pada hubby pasal freezer ni, dia okay aje asalkan saya bahagia dan dapat memberikan khasiat yang terbaik untuk anak kedua ini through breastfeeding. :)

Bila tengok gambar orang lain post tentang EBM mereka, semestinya saya akan cemburu. Kenapa orang lain boleh buat tapi saya tak mampu nak buat masa first baby 3 tahun dahulu. Hopefully dengan pertambahan ilmu tentang breastfeeding, mengambil suplemen yang mencukupi, berdoa, berusaha dan bertawakkal dapat membantu saya menyusukan anak kedua saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Mudah-mudahan perjalanan penyusuan saya kali ini berjalan dengan lancar. Aminnnn....


P/S: Thanks to Ayong (Nahzatul Shima Rasedi) coz bagi present Avent Breast Milk Storage yang dibeli di Singapore. Lagi lah teman berkobar-kobar nak mengepam susu nanti. :)

Monday 17 December 2012

Bersiap sedia utk melahirkan anak kedua

Salam semua. Dah nak dekat 2 minggu saya tak mengupdate blog ini. Busy dengan si kenit nanim. Lately ni dia nak saya ada dekat dengan dia aje. Satu hari aktiviti penuh dengan dia. Masa dia tidur je saya boleh buat kerja-kerja yang lain. Saya turutkan aje since lagi 2 bulan dah nak bersalin. Spending time with her is the best moment yang tak boleh diganti.

Esok ada check up dengan doctor. Hopefully baby dah pusing. Previous check up baby punya position melintang. Doctor siap cakap baby ni macam kakak dia je dulu. Hehehhehe... Berat baby langsung tak ada masalah. 1.7 kg pada usia 7.5 months. Berdoa dan terus berdoa supaya baby pusing dan saya boleh bersalin secara normal.

Ramai ibu2 yang mengandung di luar sana mesti merasa teruja nak membuat persiapan membeli baju dan barang2 baby. Begitu juga dengan saya. Baju dan semua barang2 baby saya dah beli. Excited bebenor. Hehhehehe... Bukannya apa., takut bila dah masuk 8 bulan nanti, tak larat nak gi shopping. Yang paling penting, list down dulu apa yang hendak dibeli. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran.

Tidak ketinggalan, makanan tambahan (supplemen) adalah sangat penting untuk ibu2 lepas bersalin. Ianya dapat membantu para ibu kekal sihat dan bertenaga supaya dapat menjaga bayi dengan lebih sempurna semasa berpantang dan menyusu. Untuk anak pertama, saya langsung tidak peduli tentang supplemen walaupun saya kehabisan banyak darah semasa bersalin. Patut lah pengeluaran susu badan saya pada masa itu tak banyak. Pelbagai makanan saya dah cuba, tapi susu still sikit. Allah saja yang tahu betapa stress nya saya pada masa itu. 6 bulan saja saya dapat bertahan menyusukan anak saya yang pertama, Tasnim Kamilia. Saya dah berjanji pada diri saya yang perkara ini tidak akan berulang untuk anak yang kedua.

Ramai pelanggan saya telah mencuba supplemen semasa berpantang dan untuk ibu menyusu, dan ternyata ianya memberikan result yang sangat bagus. Saya sendiri akan mengambil vitamin2 ini lepas bersalin pada bulan 2 nanti. Kepada para ibu yang sedang mencari supplemen/vitamin, saya amat mengesyorkan supplement/vitamin dari Shaklee. Ianya SELAMAT, MESRA ALAM dan SENTIASA BERKESAN.

Saturday 1 December 2012

1 Dec 2012 - Happy 3rd Birthday Tasnim Kamilia!

Hari ini, umur Nanim genap 3 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Nanim sendiri excited sampai nak tidur malam pun tak lena sebab asyik teringatkan nak potong kek the next day.

Mummy : Sayang mummy, jom lah kita tidur. Dah pukul 11 ni.
Nanim : Lepas tu kan mummy, siapa lagi yang akan datang esok?
Mummy : Atok, Wan, Tida, Ayah Ngah, Mama Puteri, Aliyah, Adam, Achu, Mama Farah, Dhiya, Opah, Wan Chu, Mama, Kakak Aini, Kakak Chikin, Kakak Ana, Kakak Dura.
Nanim : Nya Nyah takde ke?
Mummy : Nya Nyah takde... balik Johor.
Nanim : Mummy, Nanim nak kek princess boleh?
Mummy : Ok sayang, mesti lah boleh.

Lepas dah jawab semua soalan Nanim, baru lah dia boleh pejam kan mata dan tido.

Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. Nanim sangat-sangat lah excited coz semua orang datang to her birthday party. A big thank you to Kak Linda (Tida) for the lovely princess cake and cupcakes... and the goody bag. Sedap sungguh kek-kek yang Tida tempah from her friend.

The three of us (Azmin, Noor and Tasnim) would like to say thank you very very very much kepada semua yang hadir dan menjayakan Birthday Party nanim hari ini. :)


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...