Wednesday, 10 September 2014

Nasi JJ Kak Wok - The best in town!

Salam & selamat pagi semua...

Rindunyaaaa dengan dunia blogging ni coz dah lebih 2 bulan saya tak update blog. Banyak sangat perkara dan topik2 menarik yang saya tak share dalam masa 2 bulan ni. InsyaAllah starting from today I will try my best untuk update blog saya ni daily kay! Semoga dipermudahkan... :-)

Eh uols, dah nak masuk lunch time ni, tetiba saya teringat pulak kat Nasi JJ Kak Wok. Kedai ni terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Sedap ya amattt sampai menjilat jari!

The Best Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya, Shah Alam

Haaaa ini lah rupanya Nasi JJ Kak Wok. Simple je nasi ni tapi sememangnya ada Uummpphhh! Ada nasi putih + gulai ayam tradisional Kelantan + ayam goreng garing + sambal belacan power. First time saya makan Nasi JJ Kak Wok ni, speechless coz sedap sangat. Siap order lagi sebungkus sebab satu bungkus tak cukup. Hahaha... Walaupun ni makanan orang Kelantan, saya yang berasal dari Perak pun dah suka giler dgn nasi ni.

Jangan lupa order air sirap bandung hijau skali (seperti dlm gambar). Rugi lah kalau tak order air sirap bandung ni coz kombinasi kedua-dua air dan Nasi JJ Kak Wok ni memang terbaekkkk! 

Untuk pengetahuan anda semua, pemilik sebenar Nasi JJ Kak Wok ni telah menjalankan perniagaannya semenjak 12 tahun yang lepas dan lokasi kedainya adalah di belakang Sekolah Zainab Kota Bharu. Kedai ni masih wujud sehingga hari ni. Famous jugak Nasi JJ Kak Wok kat Kota Bharu sebabnya belum sempat kedai dibuka, ramai yang telah beratur untuk mendapatkan nasi berlauk yang marvellous ni.

Pemilik kedai Nasi JJ Kak Wok di TTDI Jaya Shah Alam adalah anak perempuan beliau sendiri. Ramai yang cakap rasa masakan anak perempuan tokey Nasi JJ Kak Wok ni sama dengan masakan ibu beliau. Like mother like daugher gituuuu...

So uols, yang mana belum pernah mencuba Nasi JJ Kak Wok ni, please try kay. Memang takkan rugi kalau uols cuba nasi ni. Seriously memang takkan rugi! Harga untuk satu hidangan cuma RM4.50 sahaja. Kedai Nasi JJ Kak Wok ni dibuka dari pukul 8.30 pagi hinggan 6 petang. Boleh lah breakfast, lunch atau early dinner dengan nasi JJ Kak Wok ni. :-)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Ikhlas,
Noor Nordin @ MommyAnggun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...