Air Zam Zam - semua orang tahu yang air zam zam adalah air yang terbaik di muka bumi ini. Saya nak share story tentang kebaikan air zam zam khususnya pada ibu yang sedang mengandung. :)
Tahun 2008 - Masa tu saya dan suami baru berpindah ke rumah baru (apartment). Kami ternampak jiran kami membawa banyak botol air zam-zam dlm trolley. Tanpa segan silu, suami saya pun tanya lah kenapa banyak sangat bawa air zam zam? Jiran kami cakap yang isteri dia sedang mengandung anak ke-empat yang minum air zam zam ni. Isteri dia memang mengamalkan minum air zam zam ni semasa mengandungkan anak pertama lagi. InsyaAllah anak tidak akan degil, tantrum dan mendengar & mengikut cakap ibu bapa.
Tahun 2009 - Setelah 6 tahun berkahwin, akhirnya saya disahkan mengandung. Syukur Alhamdulillah. Tentulah ini satu berita yang gembira buat kami berdua. Teringat nasihat yg diberikan oleh jiran kami, saya mengamalkan minum air zam zam daripada 2 bulan mengandung sehingga bersalin. Alhamdulillah, anak perempuan kami, Tasnim Kamilia yg berumur 3 tahun sekarang ni adalah seorang budak yang baik, tidak degil dan mendengar cakap kami berdua. Tidak membawa sebarang masalah kepada kami langsung daripada umur nya sehari hingga ke hari ini.
Sekarang saya mengandung 6-1/2 bulan dan masih mengamalkan minum air zam zam. Tasnim Kamilia juga suka minum air zam zam. Besides that, kismis, buah kurma & buah badam adalah makanan wajib yg saya akan makan setiap hari. Not to forget supplements juga penting untuk baby punya growth.
Semalam pergi check up baby, alhamdulillah baby sihat dan berat baby sekarang ialah 1kg. :)
P/S: Jangan lupa membaca Al-Quran sepanjang kita mengandung. Bagus untuk ibu dan baby.
No comments:
Post a Comment