Friday, 20 December 2013

Kaitan supplemen dengan tabiat pemakanan moden

McDonalds, KFC, A&W serta berpuluh jenama lain merupakan makanan yang dianggap mudah dan serasi dengan kehidupan masakini yang memerlukan kita bergerak pantas. Memang mudah dan cepat, tapi sedar atau tidak, makanan segera seperti ini tergolong dalam kategori makanan yang diproses secara berlebihan. Memang mudah dan cepat, tapi sedar atau tidak, makanan segera seperti ini tergolong dalam kategori ‘highly processed foods’ yang menyebabkan bukan sahaja kebanyakan nutrien penting hilang, malah mungkin membahayakan kesihatan jika diambil berterusan untuk jangka panjang.

Ok, mungkin kita kurang makan makanan segera, tapi kita makan di gerai, atau restoran yang menyediakan makanan panas atau nasi campur. Penggunaan garam, minyak, penambah perisa yang berlebihan juga mempunyai kesan kepada kesihatan kita. Tambahan pula sumber makanan mentah yang digunakan juga kemungkinan besar tergolong dalam kategori ‘GMO’ atau genetically modified organism. Ayam disuntik hormon, ikan mengandungi formaldehyde untuk mengawet ikan supaya tahan lama, daging pun disuntik hormon, sayur pula disembur racun secara intensif untuk mengelak serangan serangga perosak.

Jika kita lihat dengan lebih dekat situasi di atas, apa yang terjadi kepada nutrien-nutrien penting yang sepatutnya terkandung dalam sumber makanan tersebut? Mungkin terolah. Mungkin susut kandungannya. Mungkin juga terhapus secara keseluruhannya jika dimasak keterlaluan.
 
Kemudian kita mempunyai pilihan makanan makanan organic atau organic food yang mana penghasilannya tidak menggunakan racun serangga dan menggunakan baja organic. Ini merupakan pilihan yang sangat baik tetapi harga yang makanan organic sangat mahal untuk kuantiti yang sedikit. Ia masih tidak mampu bersaing dengan pengeluaran secara konvensional.

Atas sebab inilah sangat-sangat disyorkan pengambilan supplemen sebagai langkah mengatasi masalah yang menyelubungi ritual pemakanan hari ini. Ada yang komen, sumber vitamin serta mineral patut datang dari sumber makanan semulajadi bukan dari pil-pil yang diproses. Kenyataan ini betul dan tidak dapat disanggah, tetapi sejauh mana makanan yang ada pada hari ini dihasilkan dan diproses secara 100 peratus kaedah semulajadi? Kalau ianya bukan 100 peratus semulajadi, bagaimana pula dengan kandungan nutrient didalamnya?

Pemilihan supplemen juga penting, perhatikan label dan pilih supplemen yang menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan-bahan untuk menghasilkannya. Supplemen yang menggunakan kimia makmal untuk menghasilkan nutrient gantian secara sintetik haruslah dielakkan.

Diharap kita sebagai pengguna membuat pilihan secara bijak berkaitan dengan makanan dan supplemen harian kita.

Noor & Azmin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...