Friday, 20 December 2013
Kaitan supplemen dengan tabiat pemakanan moden
Wednesday, 3 July 2013
SENGGUGUT saya hilang dengan mengambil GLA Complex, Alfalfa & Ostematrix.
Masalah saya adalah masalah yang sering dihidapi oleh wanita - SENGGUGUT yang teramat teruk.
Masa kat sekolah dulu, jgn citer lah, setiap bulan mesti saya kena baring dekat sick bay. Muka pucat, badan menjadi lesu dan lemah, dan tangan menjadi sejuk akibat terlalu banyak darah yang keluar. Masa di sick bay, saya akan kerekotkan badan saya utk menahan kesakitan.
Kawan baik saya di sekolah, Farrah Diba akan call arwah pakcik saya dan beritahu keadaan saya. Apabila arwah pakcik saya sudah sampai di sekolah, Farrah akan memapah saya sehingga ke dalam kereta.
Even lepas kahwin pun, senggugut saya tak hilang2. Saya pernah mengambil Evening Primrose Oil tetapi senggugut saya masih sama.
Selepas 5 tahun saya berkahwin, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar, Dr. Ashar di Ampang Puteri. Doktor mengatakan yang saya mempunyai endometriosis kesan daripada senggugut yang saya alami semenjak dari zaman remaja lagi.
Doktor Ashar mencadangkan agar darah2 yg berkumpul di dinding rahim disingkirkan untuk mengelakkan daripada menjadi lebih serius.
Syukur Alhamdulillah, setahun selepas saya menjalani pembedahan minor ini, saya mengandung. Selepas melahirkan anak, Senggugut saya datang kembali. Saya dah malas nak pergi hospital. Saya redha...
Sampai lah pada satu masa ni, biras saya memperkenalkan GLA Complex, Alfalfa dan Ostematrix untuk senggugut saya ini.
Alhamdulillah selepas saya mengambil ketiga-tiga supplement ini secara konsisten selama 2 bulan dan dengan izin Allah juga, SENGGUGUT saya hilang.
Sekarang ni, anak saudara saya mengalami masalah yang sama. Sebagai ibu saudara yang prihatin dan tahu macam mana kesakitan yang dialami akibat senggugut, saya telah menyuruh beliau makan supplement ini dan ternyata berkesan. Bukannya lama pun, cuma sebulan saja telah nampak kesannya. Mungkin kerana umurmya yang masih muda, kesannya lagi cepat.
Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masalah SENGGUGUT, ambil lah ketiga-tiga supplement ini dan anda akan tahu perbezaannya dan juga keberkesanannya.
Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com
Wednesday, 19 June 2013
Mix It, Shake It, Drink It with Shaklee!
Yeay! Akhirnya tercapai juga hasrat untuk meng'update' blog saya ni. Super busy dgn anak2 terutama sekali dgn baby Ikram.
Okay, hari ni saya nak share dengan anda semua menu sarapan pagi saya yang baru iaitu Anggun Shake.
Apa yang istimewa sangat sampai saya gelarkannya Anggun Shake? Kesemua bahan2 yang saya ambil ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Saya campurkan ESP, Meal Shakes, Milo, Nestum/Oat & Fresh Milk/Susu Tepung.
ESP-Sumber protein terbaik. Dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang lebih lama. Ia juga dapat memperbaiki sel2 kulit dan dgn itu, kulit akan menjadi semakin cantik dan berseri.
Meal Shakes-Multivitamin dalam bentuk serbuk. Ianya mempunyai lebih daripada 19 jenis vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan sistem imun dan memberi tenaga. Ia juga bertindak sebagai pelawas.
Saya minum shake ni pukul 8 pagi. Terasa lapar balik pukul 2 tgh hari. Best kan! Yang paling bestnya berat badan saya turun 1kg seminggu. Now dah amalkan shake ni 2 minggu, berat badan dah turun 2kg.
Jom kita mulakan gaya hidup sihat dgn membuat Anggun Shake.
Mudah saja - Campur, Goncang & Minum! Semudah 1, 2, 3!
Kalau nak order, boleh Call/SMS/WhatsApp ke 016-2331090 (Siti Noor).
Harga yg sememangnya menarik menanti anda.
Wednesday, 12 June 2013
Lunch with Surya @ KLCC
Dah lama betul tak jumpa surya. Dulu pernah kerja bersama-sama di Weatherford. Sekarang ni Surya dah pregnant anak kedua dan tak lama lagi nak bersalin.
Anak pertama Surya (Bazli) kerap demam sampai kena masuk hospital. Surya & Hubby kesian tgk Bazli asyik demam dan tak lalu makan. Jadi Surya minta advice dari saya dan saya mencadangkan Bazli mengambil Nutriferon & Meal Shakes. Syukur alhamdulillah Bazli dah tak demam kerana sistem imune dia dah semakin kuat dan selera Bazli pun dah semakin bertambah.
Hari ni Surya tambah order Meal Shakes dan terus sign up menjadi ahli Shaklee kerana dia percaya dengan keberkesanan supplements Shaklee.
Semoga Surya dan keluarga kekal sihat dan bertenaga dan semoga proses bersalin berjalan dengan lancar.
Terima kasih.
Monday, 10 June 2013
Shaklee June 2013 Promo - MEAL SHAKES Buy 6 Free 1
Buy 6 Free 1.
Shaklee Meal Shakes is a source of protein with added vitamins and minerals. It provides balanced proportions of each of the nine essential amino acids that cannot be made by the body, and therefore must be present in the diet for proper growth and maintenance. In fact, Shaklee Meal Shakes contain all the amino acids naturally present in protein, including the essential and nonessential amino acids.
It is made from Skim Milk Powder with a Blend of Vitamins and Minerals.
A delicious, nutritious, convenient meal for the whole family.
- A nutritious instant breakfast;
- A delicious and inexpensive meal in a hurry;
- An instant meal for athletes;
- A delectable snack any time of day;
- An ideal meal low in cholesterol, fat and sodioum;
PM / SMS / WhatsApp Siti Noor @ 016-2331090 for best price and great discounts!
Sunday, 9 June 2013
It's facial time with Shaklee Vita-E Complex & Yogurt.
Semalam saya dan anak sedara saya telah menghabiskan masa bersama-sama dengan membuat facial di rumah. Tak payah buang masa pergi ke kedai. Jimat duit pulak tu!
Saya telah menggunakan masker yang diperbuat daripada yogurt dan Shaklee Vita-E Complex.
Jom kita tengok kebaikan masker kepada kulit kita dan cara-cara penyediaan masker yogurt + Shaklee Vita-E Complex di bawah ini.
Kebaikan yogurt dan Shaklee Vit E Complex pada kulit anda:-
1) Yogurt kaya dengan protein, kalsium, vitamin D dan probiotik. Lactic acid yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu melembutkan dan melicinkan kulit.
2) Vit E dan Selenium membantu mencerahkan parut, tanda jerawat dan garis-garis halus kerana kandungan anti-oksida nya yang tinggi.
3) Grape Seed Extract - Terdapat Oligomeric proanthocyanidins (OPC) di dalam Grape Seed Extract. OPC adalah kumpulan antioksidan yang tinggi yang mana ianya dapat meningkatkan pembangunan kolagen, melawan radikal bebas dan mencegah keradangan dan alahan.
Cara-cara menyediakan masker yogurt dan Shaklee Vit E Complex:-
1) Ambil 3 sudu besar yogurt dan 2 kapsul Vit E. Kapsul Vit E itu haruslah dipotong dengan gunting untuk mendapatkan minyak VitE di dalam kapsul itu.
2) Gaulkan yogurt dengan minyak Vit E.
3) Sapukan masker itu pada muka dan biarkan selama 40 minit.
4) Selepas 40 minit, masker itu akan hilang kerana ianya telah meresap ke dalam kulit muka anda.
5) Basuh muka anda dan anda akan dapati muka anda menjadi lebih licin dan lembut.
Untuk membuat pesanan, sila Call / WhatsApp / SMS ke 016-2331090 (Siti Noor).
Harga yang sememangnya menarik menanti anda!
SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, 15 May 2013
Kulit menjadi lebih tegang, gebu, licin dan mulus dengan Shaklee Collagen Powder
Semakin usia kita meningkat, kolagen di dlm badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen boleh menyebabkan:
1) Kulit berkedut, kering dan melayut;
2) Kuku rapuh dan tidak kukuh;
3) Rambut halus dan gugur;
Pengambilan supplement kolagen yang kerap dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.
Dengan Shaklee Collagen Powder, anda hanya mengambil masa selama 8 minggu untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, licin, mulus dan gebu.
Anda boleh call / sms / WhatsApp saya untuk pesanan dan mengetahui tentang produk ini dengan lebih lanjut.
Tuesday, 14 May 2013
Memperkenalkan Get Clean Water daripada Shaklee
- Ianya disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan2 cemar lain sehingga 99% disamping mengekalkan kandungan mineral yg sihat;
- Disahkan dpt mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yg disebabkan oleh bahan sampingan klorin;
- Disahkan dpt menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan;
- Sistem Penuras Jag Air berblok - Karbon Isian Semula yang pertama.
Kebaikannya:
- Hanya beberapa sen bagi seliter air;
- Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak;
- Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yg telah dituras - tidak memerlukan kuasa elektrik;
- Ringan dan mudah dibawa kemana saja;
- Menjimatkan kos dan masa kerana air tidak perlu dimasak
Shaklee Get Clean Water Starter Pack |
Shaklee Get Clean Water Jug |
Call / SMS / WhatsApp: 016-2330190 (Siti Noor)
Thursday, 9 May 2013
The BEST Supplements For Our Children - SHAKLEE of course!
Shaklee Nutriferon, Chewable Vit C & Omega Guard fish oil adalah jawapannya.
Anda sebagai ibu bapa boleh mencegah anak2 anda daripada terkena jangkitan virus dan boleh membawa kepada demam, batuk, selsema & lain2 lagi dgn memberi anak2 anda supplements/vitamin2 ini.
Nutriferon-Immune booster yang sangat effective. Dapat membantu menguatkan immune badan anak2 anda. Hanya 1-2 peket seminggu sudah mencukupi. Satu kotak boleh tahan 3-4 bulan.
Omega Guard fish oil-Minyak ikan yang sememangnya bagus. Dapat mencegah anak2 anda drpd diserang asthma. Hanya sebiji sehari sudah mencukupi. Sebotol boleh tahan 3 bulan.
Chewable Vit C-Ia juga dapat membantu dalam menguatkan sistem immune badan dan juga dapat mencantikkan kulit anak2 anda. Cuma kunyah 1 biji sehari, 1 botol boleh tahan 3 bulan.
PM, SMS/Call/WhatsApp:Siti Noor @ 016-2331090.
Harga yang sememangnya menarik menanti anda.
Sunday, 14 April 2013
Shaklee GLA Complex, Ostematrix, Alfalfa & Lecithin terbaik
Beliau telah mengambil Shaklee GLA Complex, Ostematrix, Alfalfa & Lecithin dan sangat berpuas hati dengan keempat-empat produk ini. Kesannya sudah dapat dirasai selepas 3 hari mengambil produk-produk ini,
1) Shaklee GLA Complex --> Ianya dapat membantu menstabilkan hormon. Sebelum ni pelanggan saya ni selalu marah-marah, sekarang tidak lagi.
2) Shaklee Ostematrix --> Badan pelanggan saya menjadi segar apabila bangun dari tidur. Lenguh badan pun dah hilang. Saya menasihati pelanggan saya mengambil 4 biji ostematrix sebelum tidur dan ternyata ianya berkesan.
3) Shaklee Alfalfa & Lecithin --> Alfalfa sangat2 membantu dalam proses men"detox"kan badan dan Lecithin membantu membakar lemak yang tidak diingini. "Fat burner" kata pelanggan saya ni.
Sunday, 7 April 2013
Sesi berpantang dah selesai!
Hello Hello Hello!
Dah 3 bulan saya tak meng"update" blog saya ni. Maklumlah busy dengan baby baru. Alhamdulillah saya telah melahirkan anak yang kedua pada 31 Jan 2013 yang lepas. Baby boy dan beratnya 3.32kg. Syukur juga kepada Ilahi kerana kali ini, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin. Itu yang paling saya takuti kerana saya telah menghadapi kesulitan semasa bersalinkan anak yang pertama.
Baby Ahmad Ikram @ Ali - Day 1 |
Mummy, Kak Yong (Tasnim Kamilia) & Baby Ahmad Ikram @ Ali |
Walaupun sesi berpantang dah selesai, saya masih berhati-hati dalam memilih makanan dan saya masih tidak minum minuman yang sejuk.
Ramai orang tanya kenapa bersalin kali ini saya begitu kuat sekali? Jawapan saya adalah "Shaklee". Ya, saya telah mengambil supplement shaklee semasa dalam pantang sampai lah sekarang. Memang berbeza sangat rasanya. Badan menjadi sihat dan bertenaga dan tak cepat penat. Susu badan pun banyak berbanding dengan the first baby. Saya memang tak suka makan jamu, jadi saya ambil supplement Shaklee sebagai pengganti. Dan ternyata ianya berkesan!
Kepada sesiapa yang baru lepas bersalin, saya amat menggalakkan pengambilan supplements dari Shaklee. Cubalah dan anda akan tahu perbezaannya selepas mengambil supplements ini.
Jika anda ingin mencuba supplements dari Shaklee, anda boleh email saya di sitinoor.nordin@gmail.com atau call/sms ke 016-2331090. Harga menarik menanti anda.
Monday, 14 January 2013
Kurangkan Period Pain & Hot Flashes semasa Menopaus dgn Shaklee GLA Complex
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya juga digabungkan dengan minyak benih bunga matahari dan vitamin E utk meningkatkan kerberkesanan dan kestabilannya.
Manfaat utama:
1) Tekanan Prahaid / Kekejangan haid - wanita yang mengalami senggugut sebenarnya mempunyai tahap rendah asid linolenik gama dalam aliran darah sebelum haid. Oleh itu, mengambil asid linolenik gama sebagai tambahan melegakan kesakitan, melembutkan payudara, melegakan kekejangan abdomen, pergerakan usus yang tidak sekata dan perubahan mood (mood swing).
2) Hot Flashes semasa Menopaus - Wanita yang telah mengambil GLA sebagai supplemen kesihatan terbukti dapat mengurangkan hot flashes semasa menopaus.
3) Dermatitis, Ekzema, dan Jerawat - Ianya dapat mengurangkan dan melegakan keradangan dengan serta merta melalui sifat2 anti radang yang terdapat dlm GLA. Kulit mengelupas, gatal-gatal dan luka dapat juga dicegah.
4) Minyak Borage dapat membantu wanita-wanita yang mengalami masalah kemandulan dan yang mengalami endometriosis.
5) Minyak Borage adalah popular untuk masalah keguguran rambut dan penyeleggaraan rambut kerana GLA akan merawat rambut kering dan rosak. GLA juga dapat melambatkan kesan rambut gugur pada kaum lelaki.
Shaklee GLA Complex - Sentiasa Selamat dan Sentiasa Berkesan.
Hubungi saya untuk pesanan. :)
Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
OsteMatrix dari Shaklee - Lebih daripada Kalsium
Manfaat utama:
- Membina tulang dan gigi yang kuat;
- Memperbaiki kekejangan dan kebas;
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal;
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf;
Saya mengambil OsteMatrix semasa mengandung sekarang dan ternyata ianya berkesan. Kaki dah tak kebas dan bila tidur malam, kaki dah tak kejang. Alhamdulillah.
Shaklee Ostematrix (Calcium & Magnesium) - Komprehensif & Terbukti Secara Klinikal.
Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
Sunday, 13 January 2013
Nanim - Hari Pertama ke Sekolah....
Sampai je kat sekolah, Nanim terus meluru masuk ke dalam gate. Tak tunggu kami pun. Lepas salam je, terus masuk ke sekolah. Macam dah lama pergi ke sekolah tu. Yang penting, dia tak menangis dan suka pergi ke sekolah.
Lepas hantar nanim ke sekolah, kami berdua pergi breakfast. Balik dari breakfast, ayah nak round kat sekolah nanim. Ayah yg terlebih nervous. Hehhehehe
Mummy dan ayah sangat bangga dengan Nanim. We love you!
Friday, 11 January 2013
Kaum LELAKI juga perlukan supplement untuk kekal sihat!
Omega Guard (Fish Oil), Vita E Complex & Zinc Complex.
Kebaikan:-
- Memelihara kesihatan prostat;
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan;
- Memelihara jantung yang sihat;
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal;
- Mengawal tahap kolesterol yang sihat;
Kalau kesihatan dah tip top, barulah ada ummpphhhh!
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.
Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
Thursday, 10 January 2013
Sakit Gastrik boleh DIKURANGKAN dgn pengambilan ESP & Alfalfa
Suami saya adalah pesakit gastrik yg sangat kronik. Perut terlalu sensitif. Sampai kena masuk hospital kalau tersalah makan & tak makan on time.
Alhamdulillah lepas ambil ESP & Alfalfa, setakat ni dah tak kena gastric attack. Malah perut dia boleh bertahan tak makan sampai pukul 2 tgh hari & tak cepat penat.
ESP - boleh buat kita kenyang lebih lama dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Yang bestnya, Soy Protein ni low in fat & no cholesterol.
Alfalfa - supplement yang sangat bagus utk detox. Perut akan rasa lebih sedap dan badan akan terasa lebih ringan.
Jom cuba dan anda tidak akan menyesal. :)
Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
Monday, 7 January 2013
Promosi Shaklee January 2013 (Beli 6 Percuma 1) - Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.
Kini, anda boleh mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel dan mudah bergerak dengan Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi dalam 3 cara:
1) Menyokong keselesaan sendi menerusi EKSTRAK BOSWELLIA;
2) Bertindak sebagai kusyen menerusi EKSTRAK JAGUNG;
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat menerusi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C;
EKSTRAK BOSWELLIA
- Adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate;
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi;
- Ianya dapat menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
EKSTRAK JAGUNG
- Membekalkan satu sumber yang pekat dgn glukosamina yg berfungsi utk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
- Dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel;
- Dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dlm jangkamasa panjang.
ZINK, TEMBAGA, MANGAN & VITAMIN C
- Membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Shaklee AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral.
Kajian terkini menunjukkan sulfat kondroitin mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.
Shaklee AJHT sentiasa selamat kerana ianya 100% berasaskan formula sayur-sayuran.
Bulan ini, Shaklee telah menawarkan promosi Beli 6 Percuma 1 untuk Advanced Joint Health Tablet.
Jangan lepaskan peluang ini. Sila hubungi saya untuk pesanan dan untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut.
Selamat Tahun Baru 2013!
Tahun baru, azam baru....
Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita azamkan pada tahun ini.
Alhamdulillah azam tahun lepas saya telah tercapai. Bagaimana pula dengan anda? :)