Sunday, 9 June 2013
It's facial time with Shaklee Vita-E Complex & Yogurt.
Semalam saya dan anak sedara saya telah menghabiskan masa bersama-sama dengan membuat facial di rumah. Tak payah buang masa pergi ke kedai. Jimat duit pulak tu!
Saya telah menggunakan masker yang diperbuat daripada yogurt dan Shaklee Vita-E Complex.
Jom kita tengok kebaikan masker kepada kulit kita dan cara-cara penyediaan masker yogurt + Shaklee Vita-E Complex di bawah ini.
Kebaikan yogurt dan Shaklee Vit E Complex pada kulit anda:-
1) Yogurt kaya dengan protein, kalsium, vitamin D dan probiotik. Lactic acid yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu melembutkan dan melicinkan kulit.
2) Vit E dan Selenium membantu mencerahkan parut, tanda jerawat dan garis-garis halus kerana kandungan anti-oksida nya yang tinggi.
3) Grape Seed Extract - Terdapat Oligomeric proanthocyanidins (OPC) di dalam Grape Seed Extract. OPC adalah kumpulan antioksidan yang tinggi yang mana ianya dapat meningkatkan pembangunan kolagen, melawan radikal bebas dan mencegah keradangan dan alahan.
Cara-cara menyediakan masker yogurt dan Shaklee Vit E Complex:-
1) Ambil 3 sudu besar yogurt dan 2 kapsul Vit E. Kapsul Vit E itu haruslah dipotong dengan gunting untuk mendapatkan minyak VitE di dalam kapsul itu.
2) Gaulkan yogurt dengan minyak Vit E.
3) Sapukan masker itu pada muka dan biarkan selama 40 minit.
4) Selepas 40 minit, masker itu akan hilang kerana ianya telah meresap ke dalam kulit muka anda.
5) Basuh muka anda dan anda akan dapati muka anda menjadi lebih licin dan lembut.
Untuk membuat pesanan, sila Call / WhatsApp / SMS ke 016-2331090 (Siti Noor).
Harga yang sememangnya menarik menanti anda!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment