McDonalds, KFC, A&W serta berpuluh jenama lain merupakan
makanan yang dianggap mudah dan serasi dengan kehidupan masakini yang memerlukan
kita bergerak pantas. Memang mudah dan cepat, tapi sedar atau tidak, makanan
segera seperti ini tergolong dalam kategori makanan yang diproses secara berlebihan.
Memang mudah dan cepat, tapi sedar atau tidak, makanan segera seperti ini
tergolong dalam kategori ‘highly processed foods’ yang menyebabkan bukan sahaja
kebanyakan nutrien penting hilang, malah mungkin membahayakan kesihatan jika
diambil berterusan untuk jangka panjang.
Ok, mungkin kita kurang makan makanan segera, tapi kita
makan di gerai, atau restoran yang menyediakan makanan panas atau nasi campur. Penggunaan
garam, minyak, penambah perisa yang berlebihan juga mempunyai kesan kepada
kesihatan kita. Tambahan pula sumber makanan mentah yang digunakan juga
kemungkinan besar tergolong dalam kategori ‘GMO’ atau genetically modified
organism. Ayam disuntik hormon, ikan mengandungi formaldehyde untuk mengawet
ikan supaya tahan lama, daging pun disuntik hormon, sayur pula disembur racun
secara intensif untuk mengelak serangan serangga perosak.
Jika kita lihat dengan lebih dekat situasi di atas, apa yang
terjadi kepada nutrien-nutrien penting yang sepatutnya terkandung dalam sumber
makanan tersebut? Mungkin terolah. Mungkin susut kandungannya. Mungkin juga
terhapus secara keseluruhannya jika dimasak keterlaluan.
Kemudian kita mempunyai pilihan makanan makanan organic atau
organic food yang mana penghasilannya tidak menggunakan racun serangga dan
menggunakan baja organic. Ini merupakan pilihan yang sangat baik tetapi harga
yang makanan organic sangat mahal untuk kuantiti yang sedikit. Ia masih tidak
mampu bersaing dengan pengeluaran secara konvensional.
Atas sebab inilah sangat-sangat disyorkan pengambilan
supplemen sebagai langkah mengatasi masalah yang menyelubungi ritual pemakanan
hari ini. Ada yang komen, sumber vitamin serta mineral patut datang dari sumber
makanan semulajadi bukan dari pil-pil yang diproses. Kenyataan ini betul dan
tidak dapat disanggah, tetapi sejauh mana makanan yang ada pada hari ini
dihasilkan dan diproses secara 100 peratus kaedah semulajadi? Kalau ianya bukan
100 peratus semulajadi, bagaimana pula dengan kandungan nutrient didalamnya?
Pemilihan supplemen juga penting, perhatikan label dan pilih
supplemen yang menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan-bahan untuk
menghasilkannya. Supplemen yang menggunakan kimia makmal untuk menghasilkan
nutrient gantian secara sintetik haruslah dielakkan.
Diharap kita sebagai pengguna membuat pilihan secara bijak
berkaitan dengan makanan dan supplemen harian kita.
Noor & Azmin