Sunday, 14 April 2013

Shaklee GLA Complex, Ostematrix, Alfalfa & Lecithin terbaik

Salam semua. Tak sabar rasanya nak berkongsi dengan anda semua tentang berkesannya produk-produk Shaklee kepada salah seorang pelanggan saya.

Beliau telah mengambil Shaklee GLA Complex, Ostematrix, Alfalfa & Lecithin dan sangat berpuas hati dengan keempat-empat produk ini. Kesannya sudah dapat dirasai selepas 3 hari mengambil produk-produk ini,

1) Shaklee GLA Complex --> Ianya dapat membantu menstabilkan hormon. Sebelum ni pelanggan saya ni selalu marah-marah, sekarang tidak lagi.

2) Shaklee Ostematrix --> Badan pelanggan saya menjadi segar apabila bangun dari tidur. Lenguh badan pun dah hilang. Saya menasihati pelanggan saya mengambil 4 biji ostematrix sebelum tidur dan ternyata ianya berkesan.

3) Shaklee Alfalfa & Lecithin --> Alfalfa sangat2 membantu dalam proses men"detox"kan badan dan Lecithin membantu membakar lemak yang tidak diingini. "Fat burner" kata pelanggan saya ni.

Saya memang mengesyorkan kepada sesiapa yg mempunyai masalah ketidakstabilan hormon, cepat lesu & penat agar mengambil GLA Complex dan Ostematrix.

Kalau nak kurangkan berat badan, saya syorkan anda mengambil Alfalfa & Lecithin. In Sha Allah memang berkesan. Untuk membuatkan pengurangan berat badan lagi berkesan, anda perlu ambil Shaklee Cinch Shake Mix. Mantappp!!

Untuk pesanan dan sebarang pertanyaan mengenai produk-produk Shaklee ini, anda boleh SMS / Call 016-2331090 (Siti Noor).

Sunday, 7 April 2013

Sesi berpantang dah selesai!

Assalamualaikum...
Hello Hello Hello!
Dah 3 bulan saya tak meng"update" blog saya ni. Maklumlah busy dengan baby baru. Alhamdulillah saya telah melahirkan anak yang kedua pada 31 Jan 2013 yang lepas. Baby boy dan beratnya 3.32kg. Syukur juga kepada Ilahi kerana kali ini, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin. Itu yang paling saya takuti kerana saya telah menghadapi kesulitan semasa bersalinkan anak yang pertama.

Baby Ahmad Ikram @ Ali - Day 1
Mummy, Kak Yong (Tasnim Kamilia) & Baby Ahmad Ikram @ Ali

Yang paling penting sekarang ini, sesi berpantang saya dah selesai. Yahooooooooooooo....
Walaupun sesi berpantang dah selesai, saya masih berhati-hati dalam memilih makanan dan saya masih tidak minum minuman yang sejuk.

Ramai orang tanya kenapa bersalin kali ini saya begitu kuat sekali? Jawapan saya adalah "Shaklee". Ya, saya telah mengambil supplement shaklee semasa dalam pantang sampai lah sekarang. Memang berbeza sangat rasanya. Badan menjadi sihat dan bertenaga dan tak cepat penat. Susu badan pun banyak berbanding dengan the first baby. Saya memang tak suka makan jamu, jadi saya ambil supplement Shaklee sebagai pengganti. Dan ternyata ianya berkesan!

Kepada sesiapa yang baru lepas bersalin, saya amat menggalakkan pengambilan supplements dari Shaklee. Cubalah dan anda akan tahu perbezaannya selepas mengambil supplements ini.


Jika anda ingin mencuba supplements dari Shaklee, anda boleh email saya di sitinoor.nordin@gmail.com atau call/sms ke 016-2331090. Harga menarik menanti anda.

Monday, 14 January 2013

Kurangkan Period Pain & Hot Flashes semasa Menopaus dgn Shaklee GLA Complex

Shaklee GLA Complex diekstrak dari borage seed oil yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dlm evening primrose oil.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya juga digabungkan dengan minyak benih bunga matahari dan vitamin E utk meningkatkan kerberkesanan dan kestabilannya.

Manfaat utama:
1) Tekanan Prahaid / Kekejangan haid - wanita yang mengalami senggugut sebenarnya mempunyai tahap rendah asid linolenik gama dalam aliran darah sebelum haid. Oleh itu, mengambil asid linolenik gama sebagai tambahan melegakan kesakitan, melembutkan payudara, melegakan kekejangan abdomen, pergerakan usus yang tidak sekata dan perubahan mood (mood swing).

2) Hot Flashes semasa Menopaus - Wanita yang telah mengambil GLA sebagai supplemen kesihatan terbukti dapat mengurangkan hot flashes semasa menopaus.

3) Dermatitis, Ekzema, dan Jerawat - Ianya dapat mengurangkan dan melegakan keradangan dengan serta merta melalui sifat2 anti radang yang terdapat dlm GLA. Kulit mengelupas, gatal-gatal dan luka dapat juga dicegah.



4) Minyak Borage dapat membantu wanita-wanita yang mengalami masalah kemandulan dan yang mengalami endometriosis.

5) Minyak Borage adalah popular untuk masalah keguguran rambut dan penyeleggaraan rambut kerana GLA akan merawat rambut kering dan rosak. GLA juga dapat melambatkan kesan rambut gugur pada kaum lelaki.
  
Shaklee GLA Complex - Sentiasa Selamat dan Sentiasa Berkesan.
Hubungi saya untuk pesanan. :)

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |

OsteMatrix dari Shaklee - Lebih daripada Kalsium

Anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat. OsteMatrix daripada Shaklee menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Manfaat utama:
- Membina tulang dan gigi yang kuat;
- Memperbaiki kekejangan dan kebas;
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal;
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf;


Saya mengambil OsteMatrix semasa mengandung sekarang dan ternyata ianya berkesan. Kaki dah tak kebas dan bila tidur malam, kaki dah tak kejang. Alhamdulillah.

Shaklee Ostematrix (Calcium & Magnesium) - Komprehensif & Terbukti Secara Klinikal.



Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
 

Sunday, 13 January 2013

Nanim - Hari Pertama ke Sekolah....

Hari ni adalah hari pertama Nanim ke sekolah. Dia terlalu excited nak ke sekolah. Dari hari Ahad lagi asyik bercerita tentang sekolah. Gerak dia bangun dari tidur pukul 7.30 pagi, tak ada masalah langsung. Lepas mandi, pakai baju then terus turun bawah coz nak pakai stokin dan kasut. Bersemangat sungguh anak mummy ni.

Sampai je kat sekolah, Nanim terus meluru masuk ke dalam gate. Tak tunggu kami pun. Lepas salam je, terus masuk ke sekolah. Macam dah lama pergi ke sekolah tu. Yang penting, dia tak menangis dan suka pergi ke sekolah.

Lepas hantar nanim ke sekolah, kami berdua pergi breakfast. Balik dari breakfast, ayah nak round kat sekolah nanim. Ayah yg terlebih nervous. Hehhehehe

Mummy dan ayah sangat bangga dengan Nanim. We love you!


Friday, 11 January 2013

Kaum LELAKI juga perlukan supplement untuk kekal sihat!

Shaklee ada menawarkan supplement khas untuk kaum lelaki yang mementingkan kesihatan yang optimum.

Omega Guard (Fish Oil), Vita E Complex & Zinc Complex.

Kebaikan:-
- Memelihara kesihatan prostat;
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan;
- Memelihara jantung yang sihat;
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal;
- Mengawal tahap kolesterol yang sihat;

Kalau kesihatan dah tip top, barulah ada ummpphhhh!

 ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |

Thursday, 10 January 2013

Sakit Gastrik boleh DIKURANGKAN dgn pengambilan ESP & Alfalfa

Ada customer call dan tanya apa supplement Shaklee yang boleh kurangkan gastrik? Semestinya Energizing Soy Protein (ESP) & Alfalfa.

Suami saya adalah pesakit gastrik yg sangat kronik. Perut terlalu sensitif. Sampai kena masuk hospital kalau tersalah makan & tak makan on time.

Alhamdulillah lepas ambil ESP & Alfalfa, setakat ni dah tak kena gastric attack. Malah perut dia boleh bertahan tak makan sampai pukul 2 tgh hari & tak cepat penat.

ESP - boleh buat kita kenyang lebih lama dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Yang bestnya, Soy Protein ni low in fat & no cholesterol.

Alfalfa - supplement yang sangat bagus utk detox. Perut akan rasa lebih sedap dan badan akan terasa lebih ringan.

Jom cuba dan anda tidak akan menyesal. :)
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...