Showing posts with label Set Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Menyusu. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

Sesi berpantang dah selesai!

Assalamualaikum...
Hello Hello Hello!
Dah 3 bulan saya tak meng"update" blog saya ni. Maklumlah busy dengan baby baru. Alhamdulillah saya telah melahirkan anak yang kedua pada 31 Jan 2013 yang lepas. Baby boy dan beratnya 3.32kg. Syukur juga kepada Ilahi kerana kali ini, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin. Itu yang paling saya takuti kerana saya telah menghadapi kesulitan semasa bersalinkan anak yang pertama.

Baby Ahmad Ikram @ Ali - Day 1
Mummy, Kak Yong (Tasnim Kamilia) & Baby Ahmad Ikram @ Ali

Yang paling penting sekarang ini, sesi berpantang saya dah selesai. Yahooooooooooooo....
Walaupun sesi berpantang dah selesai, saya masih berhati-hati dalam memilih makanan dan saya masih tidak minum minuman yang sejuk.

Ramai orang tanya kenapa bersalin kali ini saya begitu kuat sekali? Jawapan saya adalah "Shaklee". Ya, saya telah mengambil supplement shaklee semasa dalam pantang sampai lah sekarang. Memang berbeza sangat rasanya. Badan menjadi sihat dan bertenaga dan tak cepat penat. Susu badan pun banyak berbanding dengan the first baby. Saya memang tak suka makan jamu, jadi saya ambil supplement Shaklee sebagai pengganti. Dan ternyata ianya berkesan!

Kepada sesiapa yang baru lepas bersalin, saya amat menggalakkan pengambilan supplements dari Shaklee. Cubalah dan anda akan tahu perbezaannya selepas mengambil supplements ini.


Jika anda ingin mencuba supplements dari Shaklee, anda boleh email saya di sitinoor.nordin@gmail.com atau call/sms ke 016-2331090. Harga menarik menanti anda.

Monday, 17 December 2012

Bersiap sedia utk melahirkan anak kedua

Salam semua. Dah nak dekat 2 minggu saya tak mengupdate blog ini. Busy dengan si kenit nanim. Lately ni dia nak saya ada dekat dengan dia aje. Satu hari aktiviti penuh dengan dia. Masa dia tidur je saya boleh buat kerja-kerja yang lain. Saya turutkan aje since lagi 2 bulan dah nak bersalin. Spending time with her is the best moment yang tak boleh diganti.

Esok ada check up dengan doctor. Hopefully baby dah pusing. Previous check up baby punya position melintang. Doctor siap cakap baby ni macam kakak dia je dulu. Hehehhehe... Berat baby langsung tak ada masalah. 1.7 kg pada usia 7.5 months. Berdoa dan terus berdoa supaya baby pusing dan saya boleh bersalin secara normal.

Ramai ibu2 yang mengandung di luar sana mesti merasa teruja nak membuat persiapan membeli baju dan barang2 baby. Begitu juga dengan saya. Baju dan semua barang2 baby saya dah beli. Excited bebenor. Hehhehehe... Bukannya apa., takut bila dah masuk 8 bulan nanti, tak larat nak gi shopping. Yang paling penting, list down dulu apa yang hendak dibeli. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran.

Tidak ketinggalan, makanan tambahan (supplemen) adalah sangat penting untuk ibu2 lepas bersalin. Ianya dapat membantu para ibu kekal sihat dan bertenaga supaya dapat menjaga bayi dengan lebih sempurna semasa berpantang dan menyusu. Untuk anak pertama, saya langsung tidak peduli tentang supplemen walaupun saya kehabisan banyak darah semasa bersalin. Patut lah pengeluaran susu badan saya pada masa itu tak banyak. Pelbagai makanan saya dah cuba, tapi susu still sikit. Allah saja yang tahu betapa stress nya saya pada masa itu. 6 bulan saja saya dapat bertahan menyusukan anak saya yang pertama, Tasnim Kamilia. Saya dah berjanji pada diri saya yang perkara ini tidak akan berulang untuk anak yang kedua.

Ramai pelanggan saya telah mencuba supplemen semasa berpantang dan untuk ibu menyusu, dan ternyata ianya memberikan result yang sangat bagus. Saya sendiri akan mengambil vitamin2 ini lepas bersalin pada bulan 2 nanti. Kepada para ibu yang sedang mencari supplemen/vitamin, saya amat mengesyorkan supplement/vitamin dari Shaklee. Ianya SELAMAT, MESRA ALAM dan SENTIASA BERKESAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...