Friday, 11 January 2013

Kaum LELAKI juga perlukan supplement untuk kekal sihat!

Shaklee ada menawarkan supplement khas untuk kaum lelaki yang mementingkan kesihatan yang optimum.

Omega Guard (Fish Oil), Vita E Complex & Zinc Complex.

Kebaikan:-
- Memelihara kesihatan prostat;
- Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan;
- Memelihara jantung yang sihat;
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal;
- Mengawal tahap kolesterol yang sihat;

Kalau kesihatan dah tip top, barulah ada ummpphhhh!

 ** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |

Thursday, 10 January 2013

Sakit Gastrik boleh DIKURANGKAN dgn pengambilan ESP & Alfalfa

Ada customer call dan tanya apa supplement Shaklee yang boleh kurangkan gastrik? Semestinya Energizing Soy Protein (ESP) & Alfalfa.

Suami saya adalah pesakit gastrik yg sangat kronik. Perut terlalu sensitif. Sampai kena masuk hospital kalau tersalah makan & tak makan on time.

Alhamdulillah lepas ambil ESP & Alfalfa, setakat ni dah tak kena gastric attack. Malah perut dia boleh bertahan tak makan sampai pukul 2 tgh hari & tak cepat penat.

ESP - boleh buat kita kenyang lebih lama dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Yang bestnya, Soy Protein ni low in fat & no cholesterol.

Alfalfa - supplement yang sangat bagus utk detox. Perut akan rasa lebih sedap dan badan akan terasa lebih ringan.

Jom cuba dan anda tidak akan menyesal. :)
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

Siti Noor Nordin | 016-2331090 | sitinoor.nordin@gmail.com |

Monday, 7 January 2013

Promosi Shaklee January 2013 (Beli 6 Percuma 1) - Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Ketidakselesaan sendi boleh mengakibatkan kualiti hidup anda terjejas dan menghalang anda dari melakukan aktiviti yang anda gemari.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. 

Kini, anda boleh mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel dan mudah bergerak dengan Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi dalam 3 cara:
1) Menyokong keselesaan sendi menerusi EKSTRAK BOSWELLIA;
2) Bertindak sebagai kusyen menerusi EKSTRAK JAGUNG;
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat menerusi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C;

EKSTRAK BOSWELLIA
- Adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate;
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi;
- Ianya dapat menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

EKSTRAK JAGUNG
- Membekalkan satu sumber yang pekat dgn glukosamina yg berfungsi utk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
- Dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel;
- Dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dlm jangkamasa panjang.

ZINK, TEMBAGA, MANGAN & VITAMIN C
- Membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Shaklee AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral.
Kajian terkini menunjukkan sulfat kondroitin mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.

Shaklee AJHT sentiasa selamat kerana ianya 100% berasaskan formula sayur-sayuran.


Bulan ini, Shaklee telah menawarkan promosi Beli 6 Percuma 1 untuk Advanced Joint Health Tablet.
Jangan lepaskan peluang ini. Sila hubungi saya untuk pesanan dan untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut.

Selamat Tahun Baru 2013!

Selamat Tahun Baru 2013!

Tahun baru, azam baru.... 
Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita azamkan pada tahun ini.

Alhamdulillah azam tahun lepas saya telah tercapai. Bagaimana pula dengan anda? :)

Thursday, 27 December 2012

Faber Upright Freezer

Ini adalah impian saya untuk memiliki Faber Upright Freezer pada tahun hadapan. Hari-hari dok berangan pasal freezer ni. Berangan bila dah beli freezer ni, nak pam dan simpan stock susu badan untuk anak yang kedua nanti. Berangan tu kena ada, so that kita akan usaha untuk mengecapi kejayaan tu. Hari tu dah tanye pada hubby pasal freezer ni, dia okay aje asalkan saya bahagia dan dapat memberikan khasiat yang terbaik untuk anak kedua ini through breastfeeding. :)

Bila tengok gambar orang lain post tentang EBM mereka, semestinya saya akan cemburu. Kenapa orang lain boleh buat tapi saya tak mampu nak buat masa first baby 3 tahun dahulu. Hopefully dengan pertambahan ilmu tentang breastfeeding, mengambil suplemen yang mencukupi, berdoa, berusaha dan bertawakkal dapat membantu saya menyusukan anak kedua saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Mudah-mudahan perjalanan penyusuan saya kali ini berjalan dengan lancar. Aminnnn....


P/S: Thanks to Ayong (Nahzatul Shima Rasedi) coz bagi present Avent Breast Milk Storage yang dibeli di Singapore. Lagi lah teman berkobar-kobar nak mengepam susu nanti. :)

Monday, 17 December 2012

Bersiap sedia utk melahirkan anak kedua

Salam semua. Dah nak dekat 2 minggu saya tak mengupdate blog ini. Busy dengan si kenit nanim. Lately ni dia nak saya ada dekat dengan dia aje. Satu hari aktiviti penuh dengan dia. Masa dia tidur je saya boleh buat kerja-kerja yang lain. Saya turutkan aje since lagi 2 bulan dah nak bersalin. Spending time with her is the best moment yang tak boleh diganti.

Esok ada check up dengan doctor. Hopefully baby dah pusing. Previous check up baby punya position melintang. Doctor siap cakap baby ni macam kakak dia je dulu. Hehehhehe... Berat baby langsung tak ada masalah. 1.7 kg pada usia 7.5 months. Berdoa dan terus berdoa supaya baby pusing dan saya boleh bersalin secara normal.

Ramai ibu2 yang mengandung di luar sana mesti merasa teruja nak membuat persiapan membeli baju dan barang2 baby. Begitu juga dengan saya. Baju dan semua barang2 baby saya dah beli. Excited bebenor. Hehhehehe... Bukannya apa., takut bila dah masuk 8 bulan nanti, tak larat nak gi shopping. Yang paling penting, list down dulu apa yang hendak dibeli. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran.

Tidak ketinggalan, makanan tambahan (supplemen) adalah sangat penting untuk ibu2 lepas bersalin. Ianya dapat membantu para ibu kekal sihat dan bertenaga supaya dapat menjaga bayi dengan lebih sempurna semasa berpantang dan menyusu. Untuk anak pertama, saya langsung tidak peduli tentang supplemen walaupun saya kehabisan banyak darah semasa bersalin. Patut lah pengeluaran susu badan saya pada masa itu tak banyak. Pelbagai makanan saya dah cuba, tapi susu still sikit. Allah saja yang tahu betapa stress nya saya pada masa itu. 6 bulan saja saya dapat bertahan menyusukan anak saya yang pertama, Tasnim Kamilia. Saya dah berjanji pada diri saya yang perkara ini tidak akan berulang untuk anak yang kedua.

Ramai pelanggan saya telah mencuba supplemen semasa berpantang dan untuk ibu menyusu, dan ternyata ianya memberikan result yang sangat bagus. Saya sendiri akan mengambil vitamin2 ini lepas bersalin pada bulan 2 nanti. Kepada para ibu yang sedang mencari supplemen/vitamin, saya amat mengesyorkan supplement/vitamin dari Shaklee. Ianya SELAMAT, MESRA ALAM dan SENTIASA BERKESAN.

Saturday, 1 December 2012

1 Dec 2012 - Happy 3rd Birthday Tasnim Kamilia!

Hari ini, umur Nanim genap 3 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Nanim sendiri excited sampai nak tidur malam pun tak lena sebab asyik teringatkan nak potong kek the next day.

Mummy : Sayang mummy, jom lah kita tidur. Dah pukul 11 ni.
Nanim : Lepas tu kan mummy, siapa lagi yang akan datang esok?
Mummy : Atok, Wan, Tida, Ayah Ngah, Mama Puteri, Aliyah, Adam, Achu, Mama Farah, Dhiya, Opah, Wan Chu, Mama, Kakak Aini, Kakak Chikin, Kakak Ana, Kakak Dura.
Nanim : Nya Nyah takde ke?
Mummy : Nya Nyah takde... balik Johor.
Nanim : Mummy, Nanim nak kek princess boleh?
Mummy : Ok sayang, mesti lah boleh.

Lepas dah jawab semua soalan Nanim, baru lah dia boleh pejam kan mata dan tido.

Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. Nanim sangat-sangat lah excited coz semua orang datang to her birthday party. A big thank you to Kak Linda (Tida) for the lovely princess cake and cupcakes... and the goody bag. Sedap sungguh kek-kek yang Tida tempah from her friend.

The three of us (Azmin, Noor and Tasnim) would like to say thank you very very very much kepada semua yang hadir dan menjayakan Birthday Party nanim hari ini. :)


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...